Berikut ini adalah
satu kisah Nabi Muhammad SAW, yang saya kutip dari sebuah buku tentang kumpulan
kisah-kisah islam, yaitu kisah nabi muhammad dari lahir sampai wafat
-
Nama : Muhammad bin Abdullah
- Kelahiran : Mekah, tanggal 12 Rabiul Awal tahun Gajah
- Abdullah (ayahnya) meninggal sebelum Muhammad terlahir
- Umur 6–8 tahun Muhammad dibesarkan kakeknya, Abdul Muthalib
- Kemudian dibesarkan pamannya, Abu Thalib
- Atas kejujurannya, Muhammad mendapat gelar Al Amin (dapat dipercaya)
- Usia 13 tahun mulai berbisnis, menemani Abu Thalib berdagang ke ke Syam
- Usia 25 tahun menikah dengan Siti Khadijah binti Khuwailid
- Muhammad muda pernah berhasil mendamaikan pertikaian antar kabilah
- Usia 40 tahun pertama kali menerima wahyu dan diangkat menjadi Rasulullah
- Kemudian melakukan dakwah diam-diam selama 3 tahun di Mekah
- Dilanjutkan dengan berdakwah secara terang-terangan selama 10 tahun
- Dakwah nabi Muhammad SAW ditentangn oleh kaumnya sendiri, Quraisy
- Hijrah ke Madinah setelah 13 tahun berdakwah di Mekah
- Setelah haji wada (10 H) kesehatan nabi Muhammad SAW mulai menurun
- 28 Shafar 11 H nabi Muhammad SAW meninggal dunia
- Muhammad adalah nabi dan rasul terakhir
- Kelahiran : Mekah, tanggal 12 Rabiul Awal tahun Gajah
- Abdullah (ayahnya) meninggal sebelum Muhammad terlahir
- Umur 6–8 tahun Muhammad dibesarkan kakeknya, Abdul Muthalib
- Kemudian dibesarkan pamannya, Abu Thalib
- Atas kejujurannya, Muhammad mendapat gelar Al Amin (dapat dipercaya)
- Usia 13 tahun mulai berbisnis, menemani Abu Thalib berdagang ke ke Syam
- Usia 25 tahun menikah dengan Siti Khadijah binti Khuwailid
- Muhammad muda pernah berhasil mendamaikan pertikaian antar kabilah
- Usia 40 tahun pertama kali menerima wahyu dan diangkat menjadi Rasulullah
- Kemudian melakukan dakwah diam-diam selama 3 tahun di Mekah
- Dilanjutkan dengan berdakwah secara terang-terangan selama 10 tahun
- Dakwah nabi Muhammad SAW ditentangn oleh kaumnya sendiri, Quraisy
- Hijrah ke Madinah setelah 13 tahun berdakwah di Mekah
- Setelah haji wada (10 H) kesehatan nabi Muhammad SAW mulai menurun
- 28 Shafar 11 H nabi Muhammad SAW meninggal dunia
- Muhammad adalah nabi dan rasul terakhir
Pada waktu umat
manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada 12
Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan
besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin
Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu
baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab.
Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka'abah,
kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya.
Selepas itu Muhammad
disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaiba, budak suruhan Abu Lahab sementara
menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa'ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi
kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari
Banu Sa'ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu
menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah
membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati
keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan
dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal
selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada
Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.
Kisah Dua Malaikat
dan Pembedahan Dada Muhammad
Pada usia dua tahun,
baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian
putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah Muhammad. Pada ketika itu,
Halimah dan suaminya tidak menyedari akan kejadian tersebut. Hanya anak mereka
yang sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut lalu mengkhabarkan
kepada Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad, namun tiada kesan
yang aneh ditemui.
Muhammad tinggal di
pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima tahun. Selama itu baginda
mendapat kasih sayang, kebebasan jiwa dan penjagaan yang baik daripada Halimah
dan keluarganya. Selepas itu baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul
Mutallib di Makkah.
Datuk baginda, Abdul
Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa anaknya itu ke Madinah
untuk bertemu dengan saudara-maranya, mereka ditemani oleh Umm Aiman, budak
suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapa baginda. Baginda ditunjukkan
tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan.
Sesudah sebulan
mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang semula ke
Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang
memang dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika
mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia
lalu dikuburkan di situ juga.
Muhammad dibawa pulang
ke Makkah oleh Umm Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah
Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu. Tinggallah baginda dengan datuk yang
dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.
"Bukankah Dia
mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu
sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk" (Surah
Ad-Dhuha, 93: 6-7)
Abdul Mutallib Wafat
Kegembiraannya
bersama datuk baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia lapan tahun,
datuk baginda pula meninggal dunia. Kematian Abdul Mutallib menjadi satu
kehilangan besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa,
pandangan yang bernas, terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia
selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan
membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan.
Muhammad diasuh oleh
Abu Talib
Selepas kewafatan
datuk baginda, Abu Talib mengambil alih tugas bapanya untuk menjaga anak
saudaranya Muhammad. Walaupun Abu Talib kurang mampu berbanding saudaranya yang
lain, namun dia mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di kalangan
orang-orang Quraisy.Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi
anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia.
Pada suatu hari,
ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad berusia 12
tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah dapat melihat
tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib
supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi
akan menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib
mengikut nasihat rahib tersebut dan dia tidaak banyak membawa harta dari
perjalanan tersebut. Dia pulang segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang
ramai. Muhammad juga telah menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda
mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar sajak-sajak oleh
penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi yang anti Arab.
Baginda juga diberi
tugas sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala kambing keluarganya dan
kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung tentang kejadian
alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala
pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada perbuatan
yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu "Al-Amin".
Selepas baginda mula
meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan
Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Baginda
melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat tertarik
dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang pedagang.
Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad yang berusia 25
tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira
apabila Muhammad menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkahwinan mereka
berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai
suami isteri.
Turunnya
Wahyu Pertama
Pada usia 40 tahun,
Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai nabi sekelian
alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira' dan sentiasa merenung dalam
kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah
Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat quran yang pertama
diturunkan kepada Muhammad.
"Bacalah
dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan" (Al-'Alaq, 96: 1)
Rasulullah pulang
dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba menenangkan
baginda. Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan kepada Khadijah
tentang kejadian yang telah berlaku.
Kemudian baginda mula
berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya untuk
mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala.
Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian baginda.
Manakala Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran
baginda.Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan
keluarganya sahaja.
Dakwah
Secara Terang-terangan
Setelah turunnya
wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan, maka
Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas.
"Maka
sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan
(kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik." (Al-Hijr,
15:94)
Namun begitu,
penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda. Mereka
memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa saudara
baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak
saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan
tentangan yang hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan
Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:
"Wahai bapa
saudaraku, andai matahari diletakkan diletakkan di tangan kiriku dan bulan di
tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan
menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku
binasa kerananya"
Baginda menghadapi
pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada
penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah.
Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para
sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin
Rabah yang menerima siksaan yang berat.
Wafatnya
Khadijah dan Abu Talib
Rasulullah amat sedih
melihat tingkahlaku manusia ketika itu terutama kaum Quraisy kerana baginda
tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan itu makin
bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya.
Isteri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan
mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghiburkan
Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan.
Pada tahun itu juga
bapa saudara baginda Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal
dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah kerana
kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.
Hijrah
Ke Madinah
Tekanan orang-orang
kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas kepergian isteri dan
bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke
Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.
Rasulullah disambut
dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin
manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda
diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam
didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.
Negara
Islam Madinah
Negara Islam yang
baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di Makkah dan
gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain. Namun begitu,
Nabi Muhammad s.a.w berjaya juga menubuhkan sebuah negara Islam yang
mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan syariat
Islam. Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua rakyat
mendapat hak yang saksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun atau
perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandungi beberapa fasal yang
melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan
merangkumi aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan. Kandungan
piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undang-undang Madinah.
Islam adalah agama
yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat penting bagi
melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah menyertai 27 kali
ekspedisi tentera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam. Peperangan
yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud (624 M/3 H),
Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun tidak semua
peperangan diakhiri dengan kemenangan.
Pada tahun 625 M/ 4
Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk Islam Madinah dan
kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah telah diiktiraf.
Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula kota Makkah pada 630 M/9
H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.
Perang terakhir yang
disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan pengikutnya berjaya
mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah menunaikan haji
bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga telah menyampaikan
amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang bermaksud:
"Wahai sekalian
manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada
satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di antara
kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah
tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya
selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan
Sunnah Rasulullah."
Wafatnya
Nabi Muhammad s.a.w
Baginda telah wafat
pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda wafat
setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara.
Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang
pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. Rasulullah adalah
contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.
Nahhh...!!
sahabat-sahat semua itulah kisah Nabi Muhammad SAW dari lahir sampai wafat,
semoga menjadi inspirasi hidup Khususnya bagi kita semua yang menjadi hambanya
dan umumnya bagi manusia yang mengetahui kisah hidupnya. Jangan lupa baca juga
artikel tentang Kisah Nabi Musa, Kisah Nabi Ibrahim, Kisah Nabi Isa, dan Kisah
Nabi Muhammad.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar